Rabu, 11 Ogos 2010

SUMBANGAN ZAKAT 2010

Seperti biasa pada tahun ini, pihak koperasi akan mengeluarkan sumbangan/bantuan zakat kepada anak-anak ahli yang sedang belajar di Pusat Pengajian Tinggi sama ada di Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau di Pusat Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kepada ahli-ahli yang mempunyai anak yang sedang belajar dimana-mana institusi pengajian tinggi boleh dapatkan borang di pejabat koperasi mulai sekarang. Tarikh tutup pada 30.08.2010.

Majlis penyampaian zakat dijangka akan diadakan pada 03.09.2010 selepas solat Asar di Masjid Al-Hilmy, Bandar Baharu sempena majlis berbuka puasa anjuran koperasi.

Sekian, terima kasih.