Rabu, 11 Ogos 2010

PINJAMAN RAYA 2010

Pinjaman Raya untuk tahun 2010 kini dibuka kepada semua ahli.
Pada tahun ini pinjaman raya dibagi kepada 2 kategori mengikut kelayakan ahli.

Kategori Pertama : RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia : Seribu Sahaja)
Kategori Kedua : RM 500.00. (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja)

Bagi ahli baru, kelayakan bergantung kepada nama ahli tersebut telah dimasukkan
dalam senarai potongan angkasa atau pejabat pembayar gaji.

Semua bayaran potongan balik akan dibuat melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)atau pejabat pembayar gaji. Bayaran balik selama 8 bulan.

Borang pinjaman boleh didapati di pejabat koperasi pada waktu pejabat.

Terima kasih.

SUMBANGAN ZAKAT 2010

Seperti biasa pada tahun ini, pihak koperasi akan mengeluarkan sumbangan/bantuan zakat kepada anak-anak ahli yang sedang belajar di Pusat Pengajian Tinggi sama ada di Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau di Pusat Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kepada ahli-ahli yang mempunyai anak yang sedang belajar dimana-mana institusi pengajian tinggi boleh dapatkan borang di pejabat koperasi mulai sekarang. Tarikh tutup pada 30.08.2010.

Majlis penyampaian zakat dijangka akan diadakan pada 03.09.2010 selepas solat Asar di Masjid Al-Hilmy, Bandar Baharu sempena majlis berbuka puasa anjuran koperasi.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 5 Mac 2010

KURSUS DI MAKTAB KERJASAMA

Kepada ahli-ahli yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus koperasi anjuran Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya sila hubungi koperasi. Kursus diadakan secara percuma, makan minum dan penginapan disediakan.

Tarikh Kursus.

20 - 23/09/2010 Pengucapan Awam Berkesan

20 - 22/09/2010 Perniagaan Melalui Internet

27 - 28/09/2010 Pengurusan & Pentadbiran Koperasi

27/09 - 01/10/2010 Pengurusan Perakaunan Berkomputer

04/10 - 05/10/2010 Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi

04/10 - 06/10/2010 Merekabentuk Bahan Penerbitan

04/10 - 08/10/2010 Pengurusan Perniagaan Kek & Bakeri

11/10 - 13/10/2010 Bengkel Pengurusan Stok

11/10 - 12/10/2010 Pengurusan & Pentadbiran Koperasi

11/10 - 15/10/2010 Aplikasi Ms Access Dalam Pengurusan Data

11/10 - 13/10/2010 Penyedian Manual Prosedur Kerja

18/10 - 20/10/2010 Bengkel Berfikir Di Luar Kotak

18/10 - 20/10/2010 Penyediaan Laporan Tahunan Koperasi

25/10 - 28/10/2010 Pengurusan Strategik

25/10 - 28/10/2010 Animasi Multemedia

01/11 - 03/11/2010 Bengkel Kepimpinan Pasukan Cemerlang

01/11 - 03/11/2010 Asas Pengurusan ICT

22/11 - 25/11/2010 Membangunkan Laman Web Perniagaan

29/11 - 02/12/2010 Bengkel Perniagaan Restoran dan Katering